Gazebo dikenali sebagai wakaf di pantai timur,juga dikenali sebagai pavilion,cabana,sala thai.Fungsi gazebo adalah sebagai ruang alternatif untuk tempat berteduh dari panas dan hujan dan juga ruang penuh kebebasan tanpa sempadan untuk pemilik menikmati waktu senggang.Gazebo merupakan elemen hard landscape.
Gazebo dikawasan tropika lebih banyak menggunakan kayu dan buluh.Di barat menggunakan plastik komposit,batu atau besi dengan kemasan lapisan cat polister.
Reka bentuk bumbung limas lengkap dengan tunjuk langit (lambang rumah melayu johor).Gazebo di bali digelar sebagai bale bengong oleh penduduk bali.Gazebo akan hambar jika tanpa sebarang penataan tanaman hiasan dan aksesories.Tidak mahukan persembahan yang keterlaluan letak bekas penanaman jenis gantung,kusyen pelengkap,tirai buluh dan sebagainya.Jika tidak mahu biarkan gazebo kelihatan hambar tanpa sebarang perincian,lattice digunakan sebagai dinding dan sekaligus menjadi penyandar.
No comments:
Post a Comment