Tuesday, January 11, 2011

ANGSA KU MANJA

Angsa Ku yang Manja..Angsa ni sepasang jantan dan betina,yang jantan namanya wang yang betina namanya yang hahaha...sebenarnya sebelum ni semua angsa2 yang pernah saya bela memang namaya wang dengan yang memang xubah nama pon...

Sebelum ni macam2 pengalaman yang saya dapat dengan angsa2 yang pernah saya jaga..ada angsa yang penakut,ada angsa yang garang dan tak kenal tuannya sendiri...tapi tak pernah dapat angsa yang manja..uniknya angsa ni mereka suka dipeluk,usap dan diurut2...setiap petang selepas siap bagi makan ayam,itik dan angsa saya akan duduk lepak dekat buaian,sambil tunggu semua binatang tuh siap makan sebab lepas tu nak merebankan mereka2 pulak..ok time duk lepak tuh angsa ni akan datang dekat,sangat dekat..macam aksi peluk2 tuh hahahaha..dia tak akan berganjak selagi saya tak peluk dan usap dia..memang setiap petang macam tuh...
Saya memang sayang betol lah kat angsa ni..angsa ni akan di rebankan pada
pukul 7-8pagi dan akan dilepaskan dari reban pada pukul 7ptg..tujuannya jugak nak menjaga keselamatan angsa ni..sebab sebelum ni angsa2 kami banyak mati..ada kena langgar dengan lori,kereta dan motor..kira kena langgar lari..kadang2 sengaja jek nak langgar angsa tuh...kesian binatang ni tak bersalah pon...dengan angsa pon nak bermusuhan..kalu lepas waktu siang angsa2 akan merayap tempat lain..lebih2 lagi kat atas jalan raya,selain masalah kena langgar masalah lain..jiran2 atau orang kampung yang ketakutan dengan angsa pasti akan cari jalan tak nak angsa ni menyerang jadi macam angsa ni kena,ada yang pukul,baling batu dan macam2 kesian angsa ni disakiti....yang tak takut pon sama jugak buat macam tu..jadi ini lah cara kami mengatasi..lepaskan pada waktu malam sahaja...
Bila malam angsa ni xakan merayap tempat lain..duk jaga rumah..so x kesah la SELAMAT ANGSA KU huhu...
Tips penjagaan angsa yang paling penting dari segi makanannya...angsa xboleh makan macam ayam sebab paruh dia besar jadi makanan untuk angsa tak sesuai ditabur atas tanah atau lantai..makanan perlu diletak didalam bekas..sebab kalu dalam bekas dia boleh makan lagi banyak berbanding atas tanah tuh..kalu ayam boleh mematuk,angsa hanya boleh menyudu..
ok angsa juga sukakan makanan yang berair jadi makanan angsa perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu..dan angsa sangat suka nyum2...hahahaha selamat mencuba

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Sayansedsng hadapi masalah akibat angsa2 ni. Mak saya bising sebab angsa2 datang berak kat car porch. Minta nasihat macam mana nak atasi?

    ReplyDelete