Tuesday, January 11, 2011

BURUNG RAJA UDANG YANG MALANG

                             Kejadian ni berlaku pada 8.1.2011 hari sabtu minggu lepas....
Burung raja udang yang malang ni melanggar kereta abang ipar saya..masa tu kami ondaway ke terminal kuantan nak hantar saya nak balik penang malam tuh..masa dekat lebuhraya pantai timur tu abang ngah terkejut sebab ada nampak burung langgar kereta dia,dia ingat burung murai..sampai dekat tol kuantan,juru tol tegur ada burung dekat depan kereta..erm kami berhenti ditepi jalan tak sangka pulak burung raja udang,siap melekat kemas dekat depan tuh..kesian burung tuh..saya suka tengok warna bulu dia cantik dan bersinar..tapi nak buat macam mana burung tu pun dah mati..dan kami pun tak nak dia mati
ishk...ishk kesian BURUNG RAJA UDANG YANG MALANG

ANGSA KU MANJA

Angsa Ku yang Manja..Angsa ni sepasang jantan dan betina,yang jantan namanya wang yang betina namanya yang hahaha...sebenarnya sebelum ni semua angsa2 yang pernah saya bela memang namaya wang dengan yang memang xubah nama pon...

Sebelum ni macam2 pengalaman yang saya dapat dengan angsa2 yang pernah saya jaga..ada angsa yang penakut,ada angsa yang garang dan tak kenal tuannya sendiri...tapi tak pernah dapat angsa yang manja..uniknya angsa ni mereka suka dipeluk,usap dan diurut2...setiap petang selepas siap bagi makan ayam,itik dan angsa saya akan duduk lepak dekat buaian,sambil tunggu semua binatang tuh siap makan sebab lepas tu nak merebankan mereka2 pulak..ok time duk lepak tuh angsa ni akan datang dekat,sangat dekat..macam aksi peluk2 tuh hahahaha..dia tak akan berganjak selagi saya tak peluk dan usap dia..memang setiap petang macam tuh...
Saya memang sayang betol lah kat angsa ni..angsa ni akan di rebankan pada
pukul 7-8pagi dan akan dilepaskan dari reban pada pukul 7ptg..tujuannya jugak nak menjaga keselamatan angsa ni..sebab sebelum ni angsa2 kami banyak mati..ada kena langgar dengan lori,kereta dan motor..kira kena langgar lari..kadang2 sengaja jek nak langgar angsa tuh...kesian binatang ni tak bersalah pon...dengan angsa pon nak bermusuhan..kalu lepas waktu siang angsa2 akan merayap tempat lain..lebih2 lagi kat atas jalan raya,selain masalah kena langgar masalah lain..jiran2 atau orang kampung yang ketakutan dengan angsa pasti akan cari jalan tak nak angsa ni menyerang jadi macam angsa ni kena,ada yang pukul,baling batu dan macam2 kesian angsa ni disakiti....yang tak takut pon sama jugak buat macam tu..jadi ini lah cara kami mengatasi..lepaskan pada waktu malam sahaja...
Bila malam angsa ni xakan merayap tempat lain..duk jaga rumah..so x kesah la SELAMAT ANGSA KU huhu...
Tips penjagaan angsa yang paling penting dari segi makanannya...angsa xboleh makan macam ayam sebab paruh dia besar jadi makanan untuk angsa tak sesuai ditabur atas tanah atau lantai..makanan perlu diletak didalam bekas..sebab kalu dalam bekas dia boleh makan lagi banyak berbanding atas tanah tuh..kalu ayam boleh mematuk,angsa hanya boleh menyudu..
ok angsa juga sukakan makanan yang berair jadi makanan angsa perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu..dan angsa sangat suka nyum2...hahahaha selamat mencuba

Sunday, January 9, 2011

ORKID BUTTERFLY


 
Saya sebenarnya juga salah seorang peminat orkid,dari sekolah rendah lagi sehingga sekarang,wabak ni saya dapat dari hobi mak saya yang sangat suka menanam.

Dia suka tanam macam2 termasuklah pokok yang pelik2.Tapi hobi dia yang paling ketara tanam dan kumpul pokok orkid.Saya perhatikan hasil mak saya,memang seronoklah lebih2 lagi kalu time pokok tu berbunga sangat cantik.Pokok orkid yang paling saya suka dan adikberadik termasuklah mak saya ialah pokok orkid butterfly.Bunganya sangat cantik dan tahan lama,geram saya tengok.Kami memang sepakat membantu mak mengumpul jenis2 orkid butterfly,setiap kali kalu pergi kemana2 jumpa sahaja anak benih pokok orkid yang kami rasa pelik apa lagi beli lah.Selalunya kalu anak benih lagi murah dari yang sudah berbunga tapi kalu nak hasil lagi cepat dan kepuasan semuanya sanggup,sebab orkid butterfly ni lama jugak nak tunggu sampi dia berbunga,tapi hasil memang FUYOOHH.

Ni orkid butterfly warna unggu,comel sangat..

yang ni orkid kesayangan mak,banyak tunas bunga keluar memang bunga dia lebat,dulu pasunya kecik je sekarang mak dah letak dalam pasu besar dan sepatutnya tak sesuai digayut,tapi mak usaha jugak macam2 tali yang dia guna nak pastikan pasu tu kukuh digayut.Usia orkid ni x silap saya dah hampir 7 atau 6 tahun,sebab tu sangat sayang dan saya pun sayang jugak hahaha nak menyibuk jugak






ini pulak bukan sepises butterfly tapi orkid hutan yang telah dikacukan,orkid ni paling senang nak jaga sebab boleh tanam atas tanah je,x payah sembur racun cume siram dengan isi baja sahaja.




Sekarang mak bercita2 nak jual pokok orkid dia,jadi saya sebagai anak yang soleh (haha perasan)cuba membantu mak saya dalam memperkenalkan orkidnya.
JADI kalu ada yang berminat nak beli orkid2 ni boleh la hubungi no telepon yang tertera
RUMAH:09-4771920
MOBILE KAK NGAH:019-9763405